Simple chocolate cupcake

Author: Tg fatin // Category: ,

Assalamualaikum..

Saya fikir, tempahan cupcakes untuk aqiqah itu adalah penutup kepada cuti semester saya, namun tidak sangka masih lagi ada yang ingin membuat tempahan sebelum saya pulang..Saya menerima 2 tempahan, tapi memandangkan hari aqiqah itu adalah hari terakhir saya berada di rumah, saya terpaksa menolak tempahan tersebut.

Cuma di saat akhir, saya tidak sampai hati menolak permintaan salah satu tempahan itu kerana beliau datang dari Tanah Merah, Kelantan. Laila dan kakaknya pernah menempah cupcake coklat saya sebelum ini, jadi mereka ingin menempah cupcake yang sama kerana kebetulan mereka datang ke Terengganu.

Mereka menempah 20 biji cupcake, namun kerana kesuntukan masa saya minta untuk membuat 12 biji sahaja. Dan decoration pun saya minta untuk membuat yang simple sahaja..Alhamdulillah, berjaya siap dalam masa satu jam.






Thank You so much Laila dan Nadiah, nanti bila Kak Fatin ada di rumah bolehla tempah lagi ye..^_^

*Sebelum ini mereka kata cupcake coklat itu sedap, betul ke?Hehe.^_^

Baby Shoes~*Blue theme

Author: Tg fatin // Category: ,
Assalamualaikum..

Semester baru sudah bermula. Dan ini tempahan terbanyak sepanjang saya pulang bercuti. Alhamdulillah, ibu saudara saya telah menempah cupcakes sempena aqiqah cucunya merangkap anak sepupu saya pada 10 Julai yang lepas.

Beliau telah menempah 300 biji cupcakes sebagai doorgift, satu jumlah yang agak mencabar untuk pembuat cupcake amatur seperti saya. Alhamdulillah saya berjaya menyahut cabaran itu. Satu latihan yang baik. Terima kasih Ma kerana percayakan jie.

Total: 300 biji
Tema: Biru (saya cuba mengikut kesesuaian tema, lalu terhasillah baby shoes ini..^_^)
Size cupcake: 4.5 cm
Price: RM2.00 each (tapi sebab above 100, I give her discount)



"Polka Dot cup"








Delivery!



Thanks a lot Ma for ordering..^_^

Comment yang sempat didengar:
Cik Yah: "sedapnya jie, sedap2. (lebih kurangla..hehe.)
Ela: "comeinye cupcake ni Kak Jie."

Porselin Strawberry?*New

Author: Tg fatin // Category: , ,

Assalamualaikum..

Ini tempahan dari abah saya sendiri..hehe.Katanya nak bagi kat kawan abah yang tolong buat akupuntur..Mak Cik Mahanum nama dia.

Tema:
Ok, abah minta buat doraemon untuk cucu Mak Cik Mahanum..tapi campur2 la..So saya buatkan bunga rose sebab hari tu Mak Cik Mahanum kata suka tengok bunga rose tu..Dan juga saya buat deco strawberry juga, sebab ada strawberry lebih..Lagipun nak cuba decoration baru.

Jadi inilah hasilnya:




Porselin Strawberry (Tak tahu la nama sesuai x?^_^)




Roses:



Flower cupcakes

Author: Tg fatin // Category: ,

Assalamualaikum..

Ini tempahan dari Kak Siti (adik Kak Huda yang menempah sebelum ini)..
Katanya mahu dihadiahkan kepada kawan-kawan pejabat..

Tema: Terpulang, jadi saya buatkan 2 set roses dan 1 set sunflowers. Harap2 Kak Siti suka..^_^
Total: 30 biji








Delivery!^_^



Kata Kak Siti:
"Best sgt org pejabat kata..siap tanye Siti tempah kat mane..hehe.thanks jie"

Thank you jugak Kak Siti for ordering..nanti boleh tempah lagi ye..=)

Strawberry theme

Author: Tg fatin // Category:

Assalamualaikum..

Kali ini Tie (my cousin) tempah 2 set cupcakes untuk kawannya sempena birthday beliau..

Tema: biru dan merah, juga request strawberry..
Jadi inilah hasilnya setelah cuba mencari kesesuaian antara biru dan merah.
Nasib baik Tie suka..Thanks Tie.^_^

Total: 8 biji cupcakes.



Hello Kitty

Author: Tg fatin // Category:

Assalamualaikum..
Ini hello kitty yang ditempah kak fieda..Namun agak terkilan sebab hello kitty ni tidak menjadi sangat..I'll practice more on hello kitty, nampak mudah tapi senang doraemon lagi.hehe.^_^

Total: 6 biji sahaja.





Thank you kak Fieda for ordering, I'll improved my hello kitty next time insya Allah..=)