Simple chocolate cupcake

Author: Tg fatin // Category: ,

Assalamualaikum..

Saya fikir, tempahan cupcakes untuk aqiqah itu adalah penutup kepada cuti semester saya, namun tidak sangka masih lagi ada yang ingin membuat tempahan sebelum saya pulang..Saya menerima 2 tempahan, tapi memandangkan hari aqiqah itu adalah hari terakhir saya berada di rumah, saya terpaksa menolak tempahan tersebut.

Cuma di saat akhir, saya tidak sampai hati menolak permintaan salah satu tempahan itu kerana beliau datang dari Tanah Merah, Kelantan. Laila dan kakaknya pernah menempah cupcake coklat saya sebelum ini, jadi mereka ingin menempah cupcake yang sama kerana kebetulan mereka datang ke Terengganu.

Mereka menempah 20 biji cupcake, namun kerana kesuntukan masa saya minta untuk membuat 12 biji sahaja. Dan decoration pun saya minta untuk membuat yang simple sahaja..Alhamdulillah, berjaya siap dalam masa satu jam.






Thank You so much Laila dan Nadiah, nanti bila Kak Fatin ada di rumah bolehla tempah lagi ye..^_^

*Sebelum ini mereka kata cupcake coklat itu sedap, betul ke?Hehe.^_^

1 Response to "Simple chocolate cupcake"

Mdm. Safurah Says :
July 20, 2010 at 8:01 PM

Nice! saya belum tetap tarikh lagi bila nak but kebarangkalian besar next Friday. Saya akan email the details this week ok! BTW, how do I get it from you? I don't teach at IIUM this sem (x jadi sebab nak byk nak kena buat preparation lain).

Post a Comment