Cupcake Bertingkat & Hantaran~

Author: Tg fatin // Category: , , ,

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, waktu cuti baru2 ini, saya mendapat tempahan majlis perkahwinan oleh kawan Kak Su yang pernah menempah sebelum ini..

Kali ini Kak su menempah satu set cupcake bertingkat dan satu set hantaran..Thanks Kak su kerana mempercayai saya..^_^

Set 1:
Tema: Merah & putih (bertingkat)
Bilangan: 34 biji (17 bawah, 10 tengah, 7 atas)
Deco: Roses dan heart.
Size cupcake: 4.5 cm (RM2 each)
Harga: RM80 (termasuk stand)

Set 2:
Tema: Merah & putih
Bilangan: 25 biji
Deco: Roses
Size cupcake: 4cm (RM1.50 each)
Harga: RM37.50
Kotak: lutsinar semua

Set 1:






Set 2:




Ini kotak yang lutsinar semua atas bawah tepi belakang

Blueberry Cheese cake with strawberry~

Author: Tg fatin // Category:

Assalamualaikum..

Kali ini Kak Da pula yg menempah Blueberry cheese cake untuk adiknya yg bakal menghadapi STPM..Thank you K.da for ordering..

Harga:RM45 sahaja(termasuk strawberry)







Comment:"Tahniah, jie sedap sgt kek td..boleh promote.."
Tq Kak Da..^_^

Tempahan cheese cake~

Author: Tg fatin // Category:

Assalamualaikum..

Ini tempahan pertama cheese cake setelah baru je beberapa jam cuba resepi baru..Minta maaf sgt kat Nurul yang menempah untuk perkahwinannya, saya sgt nervous dan cuba memberi yg terbaik, namun nmpaknya dlm masa yg singkat, ni je yg mmpu dibuat..

Asalnya, Nurul menempah cheese cake, tap waktu tu saya tak pandai lagi buat jadi Nurul menempah kek lemon..Tapi sy cuba jgk buat cheese cake, alhamdulillah jadi tapi agak terlambat dan saya agak kelam kabut utk mnyiapkan kek Nurul.(-.-")Minta maaf bnyk2.='(



Blueberry Cheese cake~

Author: Tg fatin // Category:

Assalamualaikum..

Alhamdulillah..fatinbakery akhirnya memperkenalkan produk terbaru iaitu blueberry cheese cake..*clap2..^_^Kek ini adalah favorite saya dan alhamdulillah mereka yg di luar sana berpeluang menempah blueberry cheese yg lebih murah, kerana sekarang saya sdg mengadakan promosi dan dalam percubaan untuk menjual kek ini..minta tunjuk ajar dari semua ya!



Birthday Party theme~

Author: Tg fatin // Category: , ,
Assalamualaikum..

Kali ni saya hanya main2 dan mahu cuba deco baru..Decoration pertama macam aiskrim, sangat menggemokkan tapi sesuai untuk party hari jadi yang comel.hehe.^_^Decoration kedua biasa2 je, flowers in the garden.^_^




Smiley~

Author: Tg fatin // Category:
Assalamualaikum.. Alhamdulillah, sempena graduation Day semester lepas, saya mendapat tempahan cupcakes oleh sebuah persatuan. Terima Kasih kerana mempercayai saya, dan memberi saya satu tema baru yang mana menarik dan comel.^_^ Alhamdulillah, saya berjaya merealisasikan tema yang diberi dan mereka pun suka dengan decoration tu.=)

Tema: smiley
Bilangan: Lupa pulak, (-.-") dalam 60-80 biji rasanya.
Size: 4.5 cm (RM2.50)

Mix Flowers & Cartoons

Author: Tg fatin // Category: , , , ,
Assalamualaikum..

Alhamdulillah, kawan saya Jihan menempah 2 set cupcakes untuk keluarganya..Thank you ye Jihan.^_^

Set 1:
Tema: Mix flowers
Bilangan: 8 Biji
size: 5 cm (RM2.50 each)

Set 1:
Tema: Cartoon
Bilangan: 4 Biji
size: 5 cm (RM2.50 each)




Si katak Comel~Keroppi

Author: Tg fatin // Category:
Assalamualaikum..

Bila ada yang berminat untuk menempah cupcakes cartoon yang belum pernah saya cuba sebelum ni, saya rasa sangat seronok, terasa satu cabaran untuk diri sendiri untuk menghasilkan sesuatu sesuai dengan kehendak customer. Alhamdulillah, kali ni kawan saya akmal, peminat setia kartun keroppi "si katak comel" menempah tema keroppi untuk kawan2nya.. Nasib baik akmal suka, thanks akmal~


3 Roses theme

Author: Tg fatin // Category:
Assalamualaikum..

3 Red roses adalah favorite saya, nampak simple tapi kemas..Jadi saya buat deco ini khas utk sahabat2 saya, semoga ukhwah yang terjalin terus mekar di jalanNya.^_^


Simple and pure white~

Author: Tg fatin // Category:
Assalamualaikum..

Ini cupcakes yang ditempah oleh Madam Safurah, alhamdulillah Madam suka..^_^Thank you madam for ordering, sekarang madam dah jauh x boleh nak order dah.(-.-").Apapun semoga dipermudahkan segala urusan madam di negara orang..=)

Tema: Simple & pure white
Bilangan: 25 biji
Size: 4.5 cm (RM2 each)





Comment: Madam kata sedap, x manis sgt, n husband madam yg x suka manis pun suka.(dah hilang message madam masa tu..(-.-"))

Mix theme~

Author: Tg fatin // Category: , , ,
Assalamualaikum..

Agak lama x update blog sebab agak sibuk dengan pelajaran dan aktiviti2 pelajaran yg lain..(-.-") Sayang pula bila laptop rosak, ini sebahagian cupcakes yg ditempah dan dibuat di UIA..^_^ Alhamdulillah..

Ini yang dbuat khas utk family abang~
Tema: campur ( bola, doraemon, elmo, , rose)
Bilangan: 12 biji
Size: 5 cm (rm2.50)

Cupcake's size available

Author: Tg fatin // Category:
Assalamualaikum..

Ini size cupcake yang available setakat ni..
Boleh pilih cup yang bercorak atau yg plain macam ini..
Pick your choice!^_^



*Click on the image for bigger size.

Simple chocolate cupcake

Author: Tg fatin // Category: ,

Assalamualaikum..

Saya fikir, tempahan cupcakes untuk aqiqah itu adalah penutup kepada cuti semester saya, namun tidak sangka masih lagi ada yang ingin membuat tempahan sebelum saya pulang..Saya menerima 2 tempahan, tapi memandangkan hari aqiqah itu adalah hari terakhir saya berada di rumah, saya terpaksa menolak tempahan tersebut.

Cuma di saat akhir, saya tidak sampai hati menolak permintaan salah satu tempahan itu kerana beliau datang dari Tanah Merah, Kelantan. Laila dan kakaknya pernah menempah cupcake coklat saya sebelum ini, jadi mereka ingin menempah cupcake yang sama kerana kebetulan mereka datang ke Terengganu.

Mereka menempah 20 biji cupcake, namun kerana kesuntukan masa saya minta untuk membuat 12 biji sahaja. Dan decoration pun saya minta untuk membuat yang simple sahaja..Alhamdulillah, berjaya siap dalam masa satu jam.






Thank You so much Laila dan Nadiah, nanti bila Kak Fatin ada di rumah bolehla tempah lagi ye..^_^

*Sebelum ini mereka kata cupcake coklat itu sedap, betul ke?Hehe.^_^

Baby Shoes~*Blue theme

Author: Tg fatin // Category: ,
Assalamualaikum..

Semester baru sudah bermula. Dan ini tempahan terbanyak sepanjang saya pulang bercuti. Alhamdulillah, ibu saudara saya telah menempah cupcakes sempena aqiqah cucunya merangkap anak sepupu saya pada 10 Julai yang lepas.

Beliau telah menempah 300 biji cupcakes sebagai doorgift, satu jumlah yang agak mencabar untuk pembuat cupcake amatur seperti saya. Alhamdulillah saya berjaya menyahut cabaran itu. Satu latihan yang baik. Terima kasih Ma kerana percayakan jie.

Total: 300 biji
Tema: Biru (saya cuba mengikut kesesuaian tema, lalu terhasillah baby shoes ini..^_^)
Size cupcake: 4.5 cm
Price: RM2.00 each (tapi sebab above 100, I give her discount)



"Polka Dot cup"








Delivery!



Thanks a lot Ma for ordering..^_^

Comment yang sempat didengar:
Cik Yah: "sedapnya jie, sedap2. (lebih kurangla..hehe.)
Ela: "comeinye cupcake ni Kak Jie."

Porselin Strawberry?*New

Author: Tg fatin // Category: , ,

Assalamualaikum..

Ini tempahan dari abah saya sendiri..hehe.Katanya nak bagi kat kawan abah yang tolong buat akupuntur..Mak Cik Mahanum nama dia.

Tema:
Ok, abah minta buat doraemon untuk cucu Mak Cik Mahanum..tapi campur2 la..So saya buatkan bunga rose sebab hari tu Mak Cik Mahanum kata suka tengok bunga rose tu..Dan juga saya buat deco strawberry juga, sebab ada strawberry lebih..Lagipun nak cuba decoration baru.

Jadi inilah hasilnya:




Porselin Strawberry (Tak tahu la nama sesuai x?^_^)




Roses: