Nota ringkas~

Author: Tg fatin // Category:
Assalamualaikum..

Nampaknya kesibukan sebagai seorang pelajar telah membataskan perniagaan fatinbakery sejak akhir-akhir ini..='|

Banyak tempahan terpaksa ditolak kerana kesuntukan masa dan nampaknya keadaan ini akan berlarutan sehingga bulan 4/5, iaitu waktu semester ini berakhir. Saya ingin memohon maaf kepada semua tempahan yang terpaksa saya tolak, percayalah saya ingin sangat membantu menggembirakan semua orang namun cuma waktunya tak mengizinkan..huhu.

Sehingga semester kali ini berakhir, saya tak dapat menumpukan sepenuh perhatian saya kepada perniagaan cupcake dan untuk mengupdate blog pun kadang-kadang memakan masa yang lama sebelum dapat diupdate.='( Sedih dengan keadaan ini, namun ternyata saya harus menumpukan kepada perkara yang lebih penting,iatu pelajaran saya.

Untuk pengetahuan pembaca sekalian, saya sekarang berada di tahun 4 di Universiti Islam Antarabangsa Gombak, dan sedang bertungkus lumus bergelut dengan buku-buku dan assignment saya..Doakan saya dipemudahkan segalanya dan semuanya dapat berjalan dengan lancar..dan saya sudah pun mula rindu untuk menyibukkan diri di dapur, mendekorasi cupcake-cupcake dan kek yang comel serta mencari idea2 baru untuk memajukan lagi part-time business saya ini..Oh, saya sdh mula rindu~

Sampai bertemu lagi..
Ikhlas,
Tg Fatin.^_^

................................................

*Tarikh tempahan dibuka akan diumumkan apabila tiba masanya.
Mungkin around April-May insya Allah.^_^
Apa2 pertanyaan boleh email terus kpd saya di tg_fatin88@yahoo.com ye.^_^


Terima Kasih dan maaf jika ada kekurangan..^_^

0 Responses to "Nota ringkas~"

Post a Comment