Facebook mania?^_^

Author: Tg fatin // Category:
Assalamualaikum..

Apa khabar semua? Blog ini sudah lama tidak berupdate ye, tapi blog je yg tidak berupdate, tempahan insya Allah masih lagi berupdate..^_^Terima kasih ye kawan-kawan..Insya Allah akan cari jalan supaya blog ini tak terus menerus berhabuk tidak berupdate sedangkan dah banyak gambar yang menunggu untuk dipamerkan..hehe.^_^..

Sementara itu, memikirkan tentang penggunaan facebook yang meluas, mudah, dan lebih cepat, pemilik fatinbakery melangkah setapak lagi dengan menubuhkan page facebook untuk fatinbakery! *clap2..^_^..hehe, sekadar memudahkan komunikasi antara kita dan penyusunan yg lebih berkesan insya Allah...jemputlah ye kawan-kawan semua.^_^

Masih dalam pembikinan, pemilik fatinbakery pun ada tanggungjawab baru sekarang..Sedang bepraktikal. Tapi jual kek tetap jual, kan.hehe..Insya Allah selagi ada masa dan tenaga, semoga setiap usaha ini di bawah rahmatNya selalu, amiin..^_^

Sila klik di sini yep: Page fatinbakery




Harap-harap semuanya dapat lebih tersusun dengan kehadiran page ini..^_^ Terima kasih semua di atas segala sokongan selama ni..=D

Ikhlas, Fatin..^_^

Chocolate Theme

Author: Tg fatin // Category: , ,
Assalamualaikum..

Kali ni, Cik Long pula yang menempah untuk majlis perkahwinan puterinya, Kak Pijah yang merangkap 2 pupu saya. Bukan kupu-kupu ye, 2 pupu..^_^

Umi Long menempah 2 biji kek yang saya pun tak berapa pasti saiznya. Sederhana saja..

Total: 2 biji kek sederhana
Kek: vanila
Tema: Majlis kahwin
Warna: Coklat & putih

Berdebar juga saya sebab dah lama sangat saya tak menghias kek,entah jadi entah tak..hehe..
Jadi setelah bertungkus lumus dalam masa yang singkat, inilah hasilnya..^_^





Terima Kasih Umi long kerana menempah dengan jie ye..
Lain kali boleh tempah lagi kan kan..^_^

Colourful theme~

Author: Tg fatin // Category: ,
Assalamualaikum..

Alhamdulillah, kali ini saudara saya, Kak yuyu pula yang menempah sempena birthday puteri kesayangannya..

Total: 60 biji
Size: 5cm
Kek: Vanila
Tema: Untuk kanak-kanak
Warna: Colourful

Waktu menerima tempahan ni, saya terfikir bagaimana caranya untuk buatkannya kelihatan menarik untuk kanak-kanak, jadi saya banyak bermain dengan warna..

Jom kita lihat hasilnya..^_^
Kali ini saya menggunakan edible image pooh dan upin ipin..=)






Thank you Kak Yuyu for ordering..=)
Lain kali boleh order lagi ye..hehe..^_^

Comment Kak Yuyu.."Ramai yang kata sedap, sebab kek tak manis sangat.."
Tq Kak Yuyu!^_^

Striking Pink Theme~

Author: Tg fatin // Category: ,

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, pada 10 Jun yang lepas, saya menerima tempahan dari Kak Ita. Kak Ita menempah cupcake untuk dihadiahkan kepada kawannya sempena majlis pertunangannya.^_^

Total: 16 biji
size: 4.5 cm
Kek: coklat
Tema: bertunang
Warna: Striking pink






Harap Kak Ita puas hati, lain kali boleh tempah lagi..^_^
Terima Kasih Kak Ita kerana menempah.=)

Green theme

Author: Tg fatin // Category: ,
Assalamualaikum...

Hi! Jumpa lagi..^_^ fatinbakery is now officially back! Alhamdulillah..
Segala-galanya telah berakhir dengan baik..Kini saya lebih tenang untuk menerima tempahan semula..Seronoknya!^_^

Untuk permulaan, saya sudah pun menerima tempahan dari kawan-kawan dan saudara-mara sempena dengan majlis mereka. Jom kita tinjau tempahan setakat ini..

Ini tempahan dari kawan sekolah saya, Naimah.
Naimah menempah cupcakes sempena family gatheringnya pada 4 jun 2010.

Total: 50 biji
Size: 4cm
Tema: Tak kisah
Warna: Hijau & putih
Kek: coklat
Kotak: putih lutsinar

Saya agak kelam kabut sebabnya baru sampai dari KL untuk kenduri kahwin kawan, jadi sempat decorate yang simple-simple saja. Harap Naimah puas hati..^_^





Delivery Time!^_^



Alhamdulillah, semoga ini adalah satu permulaan yang baik untuk saya kembali menerima tempahan..

Thanks Naimah!=)

Nota ringkas~

Author: Tg fatin // Category:
Assalamualaikum..

Nampaknya kesibukan sebagai seorang pelajar telah membataskan perniagaan fatinbakery sejak akhir-akhir ini..='|

Banyak tempahan terpaksa ditolak kerana kesuntukan masa dan nampaknya keadaan ini akan berlarutan sehingga bulan 4/5, iaitu waktu semester ini berakhir. Saya ingin memohon maaf kepada semua tempahan yang terpaksa saya tolak, percayalah saya ingin sangat membantu menggembirakan semua orang namun cuma waktunya tak mengizinkan..huhu.

Sehingga semester kali ini berakhir, saya tak dapat menumpukan sepenuh perhatian saya kepada perniagaan cupcake dan untuk mengupdate blog pun kadang-kadang memakan masa yang lama sebelum dapat diupdate.='( Sedih dengan keadaan ini, namun ternyata saya harus menumpukan kepada perkara yang lebih penting,iatu pelajaran saya.

Untuk pengetahuan pembaca sekalian, saya sekarang berada di tahun 4 di Universiti Islam Antarabangsa Gombak, dan sedang bertungkus lumus bergelut dengan buku-buku dan assignment saya..Doakan saya dipemudahkan segalanya dan semuanya dapat berjalan dengan lancar..dan saya sudah pun mula rindu untuk menyibukkan diri di dapur, mendekorasi cupcake-cupcake dan kek yang comel serta mencari idea2 baru untuk memajukan lagi part-time business saya ini..Oh, saya sdh mula rindu~

Sampai bertemu lagi..
Ikhlas,
Tg Fatin.^_^

................................................

*Tarikh tempahan dibuka akan diumumkan apabila tiba masanya.
Mungkin around April-May insya Allah.^_^
Apa2 pertanyaan boleh email terus kpd saya di tg_fatin88@yahoo.com ye.^_^


Terima Kasih dan maaf jika ada kekurangan..^_^